Sunday 18 September 2011

kisahku dikenyir...:D (part 1)

assalamualaikum kawan2 semua...:D..arhhh...letih 2 ari berada di kenyir dengan masa yang begitu padat bersama fotoskool... dah laa lewat sampai tempat berkumpul...(nak tumpang orang sangat tu lambat...haish)
tumpang kerera born amin...mekasih born...sampai jer tasik kenyir buat persiapan skit tuk pendaftaran peserta ke tasik kenyir yang diurus oleh fotoskool...

gambar kawasan kaunter pendaftaran...



                                        bersama olivia dan amir menjaga kaunter penyertaan ..:D
selesai semua pendaftaran kiteorang bersiap tuk ke resort plak,...:D
dalam 30minit menunggu bot akhirnya sampai juga...jommmm

 bersama oli yang belakang..hasrul yang tengah dan amir kat tepi...
masing2 dengan cerianya menanti destinasi...ingatkan lama nak ke sampai resort rupanya 5 minit x sampai dah pon tiba...ahahaha....

yang ni tuan fahmi yang kelihatan kegembiraan diwajahnya,,,:D
tiba jer resort apa lagi ditunggu..amik kunci dan simpan barang laa...huhu....


ni suasana bilik yang kudiami bersama lokman hamid,,,:D
tu haa belah kanan bilik kiteorang..ok...samapi sini saja...nantikan perjalanan kiteorang....assalamualaikum...

Thursday 15 September 2011

RAHSIA WANITA ~SILA BACA~




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa




Wednesday 14 September 2011

tiada lagi ,,,

http://www.youtube.com/watch?v=HNFiNRfY0J0&NR=1
ku sertakan music ini semasa dirimu membacanya...

tiada lagi msg darinya...tiada lagi khabar berita darinya,... tiada lagi gelak tawanya...senyumannya y jauh disudut hatiku menyukainya dalam diam .. biasanya aku akn menerima msg selamat pagi wlaupon diriku sedang nyenyak tdo tp hidupku segalanya sudah berubah tanpa disedari..walau sekuat mne pon rindu padanya tp aku kuatkan lgi driku supaya x menghubunginya atas dasar permintaan dia... .. mungkin ini laa balasan untukku...aku rindukan semua tentangnya... kenapa ini semua harus berlaku dalam sekelip mata...aku ingin mencari ketenangan y jauh disudut hati...semoga dirinya berada dalam keadaan sht dan selamat sentiasa...ku harap dia dapat lupakan aku seperti yang die inginkan.... airmata awak akan berhenti bila tiba masanya ... sy harap awak sabar menghadapi segelanya... my expression

kehidupanku ...:D

harini keje petang ... bangn tido kul10 ,,,yeay ,...ahahaha....best...dah lama x tdo lama...mimpi pon boleh laa tahan bestnya...:D .. pas bngn punya laaa bosan xtau nk buat ape sementara tunggu kul3.30 nk ke tempat keje..pikir punya pikir last2 g cuci gambar abahku ...:D


ni anak sedaraku yang sangat nakal...:D



kekanda dan ibundaku..:D
                                                   dah macam nk g nikah sorang lagi...hhihihi...
harap2 x masin mulut aku..:P

tengah2 buat frame tuk pic ni telefonku berbunyi,,,


 tngk2 call dari abang lan... angkat2 upanya kena g kedai awal skit coz nk cabut atap..(woww...jadi tukang laa aku jap pasni...huhu..)
smpai kat kedai sembang2 jap pastu naik atas atap punya laa panas ase cam duk lam kuali...haha..(macam laa pernah duduk lam kuali...:D)
huh...letih giler beb campur ng panas...turun jer bawah terus ke kedai p beli 100plusssss....haha...best...
sekarang sedang menunggu client datang ke kedai...:D
kul9.30 aku  nk g lepas stresss skit ...g main badmintan sukan y dah lama ku tinggal...tp masih boleh lagi..insyaallah...doakan keselamatanku ketika bersukan nnti....
pesan untuk kawan2...jgalah hati pasangan anda...<3

Monday 12 September 2011

my work | emi photorapher

hidup ni ibarat menulis kisah hidup diatas pasir yang ditemani desiran ombak ... puas kita menulis kenangan y tercipta ,dalam masa yang sama ombak y menemani kita memadamkan sedikit demi sedikit kisah hidup kita....

dalam2 kita senyum x semua orang tau apa y ad dalam senyuman itu,.. semoga apa y ku tulis ditepi ombak akan kabur ditiup angin dan xkan hilang dibawa air.... | emi photographer

Sunday 11 September 2011

hari yang penuh dengan suka dan duka ...

huh....memang letih laa melaksanakan tugas semalam....bangun jam 8 bersiap tuk shoot outdoor pada jam 9.30am...last2 ditunda jam 1 ,.. (lau tau awal2 tdo lu lama skit) hahaha. .... tiba jam 1 lebih satu msg diterima y mengatakan baju pengantin tertinggal ..kena pusing balik amik kat bandar...huhu...macam2,..mende y dah nak jd so rilex jelaa menghadapi situasi walaupon bosan menunggu..huhu...jam 3 petang bermula laa shoot ...alhamdulillah bnyk pic y puas hati .. ni salah satu pic y dirakam semalam ,, pasangan pengantin y secocok bergambar dengan kuda..best!

riang ria gembira bersama pasangannya,,,<3

kata orang..alang2 sampai tempat y susah nk masuk ni kita pon join skali laa bergambar...:D
sempat juga snap 2,.3 keping pic aku...:D..wat kenangan ape salahnya...hihi...
ni haaaa....
y ni sementara tunggu y sekor lagi pakai alas tuk duduk tu,,,ntah pe nama die ,,haha...
yesss ,, boleh gak bergambar atas kuda..:D

comel x??huhuhu

pas habis dikawasan ni bergerak ke merang,setiu...
ni salah satu pic y dirakan di sana...ad bnyk lagi lau nak tngk tp kat fb laa yer kawan2..:D

dekat2 kul6 habis semua keje bergerak ke giant kuala terengganu tuk ambil brang ccu8910 ku...:D .dengan keadaan letihnya.... walaupon letih keje ttp kena pergi,,,balik rumah terus mandi dan makan maggi y ma masaskkan...:D,,,tetiba ad satu berita y kurang menyenangkan aku...:(
seorang kawan y aku sayang dan baru ingin mengenalinya ingin menjauhkan diri dariku...
knp semua ini berlaku begitu cepat....aku suka perwatakan dia...cara dia...gelak tawanya tp kenapa engkau harus memilih jalan y berjauhan dariku...adakah itu y terbaik untukmu??tolong laa temani hidupku sebagai seorang kawan  buat masa sekarang seperti dulu ... aku rindukan saat itu... 
harap dirinya membaca artikal ini...






terasa kehilangan orang y aku sayang.... special for you

knp semua ini berlaku begitu cepat....aku suka perwatakan dia...cara dia...gelak tawanya tp kenapa engkau harus memilih jalan y berjauhan dariku...adakah itu y terbaik untukmu??tolong laa temani hidupku sebagai seorang kawan seperti dulu ... aku rindukan saat itu...

Monday 5 September 2011

lama x on9 ... :D

salam semua...selamat hari raya yer...:D maaf jika ad terkasar bahasa dan kata dari saya helmi bin ali ...

sudah tamat jualan di ttc kuala terengganu... alhamdulillah dapat apa y dihajati... raya tahun ni y sangat memenatkan..:( tp dapat laa gak skit duit belanja..:P ..

terima kasih pada abah kerana bg ke anaknya y besor bapok ni duit raya (tu pon sbb mintak) .. hihihi ...

raya pertamaku y ku habiskan dngn tdo sepanjang hari...:D tp sebelum tdo sempat juga aku beraya dengn ibu tercinta di subuh hari setelah letih bekerja...maafkan adik mie ma mane ad y salah silap...:D

tdo di hari raya ke2 ku y dikejutkan oleh sepupuku ... hahaha..memalukan betul...letih sngt smpai x igt nk beraya...hehehe...

raya ke3 y ku tunggu2 ... hihihi ... raya ke3 bersiap nk ke majlis khwn untuk merakamkan kenangn2 manis mereka..:D tp dah sebulan aku x snap2 pic...mengarut aku punya setting nasib baik nasib aku baik aritu...hihihi....seharian aku di tumah pngantin ...

dan harini dah start keje .. kedai bnyk kena kemas...mmg x smpat mne nk on9... maaf kepada y sentiasa follow blog ni sbb dah sebulan x update..:D ..

semoga kawan2 dalam keadaan sihat sentiasa,,, assalamualaikum....:D

I made this widget at MyFlashFetish.com.